Assalammualaikum
& Salam Sejahtera.
Salam
Ceria di hari Selasa yang indah ini...amboi! sj nk memulakan ayat...dh mcm nk
bg ceramah pulak ye. OK N3 kali ni pasal cheese tart...hmmmm Blueberry Cheese
Tart. nyammm!nyammm! ini adalah percubaan yg ke-2 kalinya. Yang pertama dulu
tak nyempat nk post hehe
Hah
kali ni Ibu buat guna resepi yg kawan Ibu bagi, Dina namanya.TQ laling..^__^
...for the first time dulu, Ibu guna resepi yang tak menggunakan telur, cheese
agak nampak tak berkilat tp rasa tetap sedap. bagi yang alergik telur boleh la
guna resepi tu..tapi untuk resepi kali ni ada telur..so tart nampak lbh
berkilat & cantik! orang berniaga byk lah guna resepi ni...sbb boleh
menarik minat pembeli.kan...kan...
Hmm Ibu
agak puas hati dengan rasanya tp agak kureng dengan shellnya..kene praktis banyak
kali lagi ni.sampai nampak kemas & cantik! apatahlagi...sedap! hehe
Ini
antara gambar2 BCT yang sempat Ibu snap! Yang tak dapat merasa tu telan elior
je la ye..hahah kejam! Ala uols boleh buat sendiri tau..cer try..cer try..
sonang yo. Jom cuci mata ~_^
Ini pula
resepi nya bagi sesiapa yg ingin mencuba..lets cekidaut!
Blueberry
Cheese Tart
Bahan2
Shell Tart:
150gm
marjerin/butter
50gm
gula aising-diayak
1
biji telur Gred C-kalau telur gred A @B kurgkn putih telur
290gm
tepung gandum-diayak
1
sdk esen vanilla
Acuan
tart
Cara2
buat Shell Tart:
Pukul
marjerin & gula . Jangan putar lama
sangat.
Masukkan
telur dan esen vanilla. Putar lagi dgn speed sedehana
Masukkan
tepung sedikit demi sedikit.
Uli
hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan
doh. (tmbah tepung sikit if rasa lembik sgt doh)
Untuk
dapat doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais
sejam…nk ok lagi masuk semalaman
Ambil
sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum
dibakar.
Bakar
pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak (tp ni ikut oven
masing2)
Shell
ni kita boleh sediakan awal2 tp simpan
dalam bekas kedap udara utk tahan lama.
Bahan2 Cream
Cheese:
250gm
cream cheese
50gm
gula kastor / gula halus
1
biji telur Saiz B
1sdk
esen vanilla
Cara2
adun Cream Cheese:
Keluarkan
cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum guna. JANGAN biarkan cream cheese mencapai
ke suhu bilik.
Putar
cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan
telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Bahan2 Blueberry
Filling:
Blueberry
filling-readymade @ kalau rajin boleh buat sendiri
Cara2 letak
filling:
Tunggu
shell sejuk sebelum letakkan filling dan
cheese.
Masukkan
filling guna piping bag / sudu kecil pn boleh.
Masukkan
cream cheese dlm piping bag (lebih senang)
& letak dlm shell tart (biar penuh2 utk nmpak cantik.
Boleh
lorekkan guna cream cheese yg dh diwarnakan purple @ cara Ibu guna blueberry
filling tu je utk lorekkan atas tart. (guna toothpick)
Klau
guna cream cheese yg dh diwarnakan, Jangan biarkan cheese lama2 sebelum lorek,
nanti cheese susah nk lorek. Kalau guna blueberry filling tak pe.
Bakar
kejap je dlm 5minit, agak cheese tu dh tak melekat kat jari bila disentuh. Dah masak
lah tu.
Ok
uols..Selamat Mencuba ^_~